Saturday, 29 December 2012

bercuti di cameron highlands

Posted by Miss Alieyza at 00:22 0 comments
selama 3 hari 2 malam aku dan family menghabiskan cuti hujung minggu di cameron highlands...tp sayangnya tempat tu dah tak berapa sejuk lagi rasanya sekarang..

Tapi yang penting tempat-tempat menarik di sekitar cameron tu tetap cantik dan yang paling best melihat bunga,sayur,strawberi...dan taman rama-rama...























Wednesday, 12 September 2012

rahsia di sebalik warna tulip

Posted by Miss Alieyza at 21:48 0 comments

       bunga....ermmm,dengar nama pun mesti ada yang banyangkan betapa cantiknya ciptaan ilahi kn?mcm2 jenis bunga yang biasa kita tengok dan dengar...yang berangan nak dapat bunga dari  orang tersayang pun ada...yelah,dapat banyangkan betapa romantisssnya saat tu..mcm dalam cite2 kt tv tu...berbunga perasaan sama mcm nama bunga..hehe...

      yang ini citenye pasal bunga tulip...cantik kn bunga tu??rasanya sume setuju dgn sya kn...ok jom kte tngok mksud di sebalik warna bunga


bunga tulip bermaksud cinta yang sempurna.Setiap warna yang terdapat pada bunga tulip mempunyai maksud yang tertentu


putih                :  permohonan maaf

merah              :  cinta,romantis


kuning             :   persahabatan


jingga              :   semangat,hasrat dan ghairah


merah jambu    :   penghargaan ,prihatin


ungu               :  cinta pandang pertama


peach              :  tanda terima kasih

Friday, 7 September 2012

Membuang najis di kaki lima MASJID

Posted by Miss Alieyza at 09:33 0 comments
suatu petang,seorang lelaki Badwi telah mengunjungi sebuah masjid untuk membuang air kecil.Sampai sahaja di masjid,semua tandas sedang digunakan dan tiada peluang untuk membuang air kecil.Oleh kerana sudah tidak tertahan,lelaki Badwi itu membuang air kecil di kaki masjid.

   "apa kamu buat itu?mengapa kamu membuang air kecil di kaki lima ini?tidakkah kamu tahu najis itu akan menyusahkan orang yang berada di masjid ini?"marah seorang sahabat dek perbuatan tidak sopan lelaki berkenaan.

  Bengang dengan tindakan lelaki itu,sahabat mendapatkan kayu untuk memukulnya.Tetapi perbuatan itu telah terlihat oleh Rasulullah yang baru selesai mengimankan solat berjemaah.

  " Wahai sahabatku.Biarkanlah dia selesai membuang air kecil di situ.Kamu ambilkan sedikit air dan berikan kepadaku",pinta rasulullah.Sahabat menuruti arahan Rasulullah.Setelah menyerahkan bekas air,Raulullah pun membasuh tempat di mana lelaki Badwi itu kencing.Manakala lelaki Badwi itu menghilang entah ke mana

  " Wahai sahabatku.Apa yang akan terjadi sekiranya kamu memukul lelaki Badwi yang sedang membuang air kecil tafi?"Tanya Rasulullah."Sudah tentu lelaki itu akan membuang air kecil sambil beelari dan seluruh masjid akan terkena najisnya"Jawab sahabai itu.

  " Benar jawapaan kamu.Jikan lelaki itu membuang najisnya merata,sudah tentu menyusakan kita membasuhnya sedangkan jika kita membiarkan,kita hanya perlu membasuh di tempat itu sahaja"Rasulullah menerangkan kepada sahabat tadi.Para sahabat bersetuju dengan tindakan Rasulullah.

   Tanpa disedari,lelaki Badwi itu mendengar perbualan tersebut.Sebaik sahaja sahabat beredar,lelaki Badwi itu terus mndapatkan Rasulullah dan menceritakan kenapa dia membuang air kecil di situ.

  "Ya Rasulullah,sayalah. yang membuang air kecil di situ.Saya kagum dengan sikap tuan yang berakhlak mulia dan menarik.Di hadapan tuan,saya dengan ikhlas hati ingin memeluk islam yang Rasulullah bawa,"beritahu lelaki Badwi itu.

  " Syukur alhamdulillah,Allah telah membuka pintu hati kamu",ujar Rasulullah





Friday, 4 May 2012

hati

Posted by Miss Alieyza at 02:46 0 comments
ermmmm....petang ni tiba-tiba saja hati aku terusik,mungkin apa yang aku dengar atau fikir membuatkan aku seolah hilang semangat dan perasaan...berjauh hati?errrmmmm,rsanya belum lagi setahap tu yang aku rasa cuma mungkin perasaan takut,bimbang,sedih atau kecewa membuatkan aku terfikir apakah rasa yang aku  alami ini akan betul2 terjadi satu hari nanti??? bukan aku pinta terjadinya satu keputusan yang akan merubah perjalanan hidupku cuma jauh di sudut hati ku..aku terus bertanya sampai bila aku akan menghadapi semua ini...
apakah kesedihan akan berganti dengan kegembiraan tapi kegembiraan tu akan tetap jua berlalu pergi......


aku teringat kat lagu dugaanku yg ning baizura nyayi...kena sangat dengan jiwa aku



jiwaku yang suram
malam yang panjang ini
aku bersendirian
merenung kehidupan
memikir kesudahan
pada siapakah hendak ku curah keresahanku

aku berpaut pada sejengkal tali cuma
itulah yang ada sementara aku
hidup di dunia ini
inikah dugaanku inikah kesempatan
haruskah ku teruskan atau membiarkan ianya berlalu

dekat di depan mata
berat meluah kata
terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
apakah kita nanti tiada dapat serasi
ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

kesempatan yang datang tiada ketentuan
manpukah ku memandang di kejauhan
tak kesampaian
sering terbayang-bayang
tinggi lagi harapan
entahkan ku sempat ataupun tidak
untuk bersama mu

Monday, 30 April 2012

BiLa RiNdU... ;)

Posted by Miss Alieyza at 04:01 0 comments
Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi.

Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh.
Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.

Hubungi Orang Yang Dirindui

Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.

Melihat Foto Atau Video Si Dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.

Memeluk Pakaian Si Dia

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.

Lakukan Persediaan Untuk Dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.

Pages

 

CoREtaN DaRi HaTi Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review