Friday, 7 September 2012

Membuang najis di kaki lima MASJID

Posted by Miss Alieyza at 09:33
suatu petang,seorang lelaki Badwi telah mengunjungi sebuah masjid untuk membuang air kecil.Sampai sahaja di masjid,semua tandas sedang digunakan dan tiada peluang untuk membuang air kecil.Oleh kerana sudah tidak tertahan,lelaki Badwi itu membuang air kecil di kaki masjid.

   "apa kamu buat itu?mengapa kamu membuang air kecil di kaki lima ini?tidakkah kamu tahu najis itu akan menyusahkan orang yang berada di masjid ini?"marah seorang sahabat dek perbuatan tidak sopan lelaki berkenaan.

  Bengang dengan tindakan lelaki itu,sahabat mendapatkan kayu untuk memukulnya.Tetapi perbuatan itu telah terlihat oleh Rasulullah yang baru selesai mengimankan solat berjemaah.

  " Wahai sahabatku.Biarkanlah dia selesai membuang air kecil di situ.Kamu ambilkan sedikit air dan berikan kepadaku",pinta rasulullah.Sahabat menuruti arahan Rasulullah.Setelah menyerahkan bekas air,Raulullah pun membasuh tempat di mana lelaki Badwi itu kencing.Manakala lelaki Badwi itu menghilang entah ke mana

  " Wahai sahabatku.Apa yang akan terjadi sekiranya kamu memukul lelaki Badwi yang sedang membuang air kecil tafi?"Tanya Rasulullah."Sudah tentu lelaki itu akan membuang air kecil sambil beelari dan seluruh masjid akan terkena najisnya"Jawab sahabai itu.

  " Benar jawapaan kamu.Jikan lelaki itu membuang najisnya merata,sudah tentu menyusakan kita membasuhnya sedangkan jika kita membiarkan,kita hanya perlu membasuh di tempat itu sahaja"Rasulullah menerangkan kepada sahabat tadi.Para sahabat bersetuju dengan tindakan Rasulullah.

   Tanpa disedari,lelaki Badwi itu mendengar perbualan tersebut.Sebaik sahaja sahabat beredar,lelaki Badwi itu terus mndapatkan Rasulullah dan menceritakan kenapa dia membuang air kecil di situ.

  "Ya Rasulullah,sayalah. yang membuang air kecil di situ.Saya kagum dengan sikap tuan yang berakhlak mulia dan menarik.Di hadapan tuan,saya dengan ikhlas hati ingin memeluk islam yang Rasulullah bawa,"beritahu lelaki Badwi itu.

  " Syukur alhamdulillah,Allah telah membuka pintu hati kamu",ujar Rasulullah





0 comments:

Post a Comment

Pages

 

CoREtaN DaRi HaTi Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review